Beregu lelaki bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong berhasil menempah tiket ke Pusingan 16 saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.
Kemaraan itu dirakamkan selepas Kian Meng-Wee Kiong menumpaskan beregu No.3 Denmark yang turut menghuni ranking ke-30 dunia, Jeppe Bay dan Lasse Molhede di Pusingan 32, sebentar tadi.
Dalan perlawanan tersebut, Kian Meng-Wee Kiong berhasil menumpaskan mereka menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 18-21, 21-15 dan 21-17 dalam tempoh masa 50 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 2, Axiata Arena, Bukit Jalil.
PETRONAS Malaysia Open 2022
MD – Round of 32
🇲🇾Kian Meng TAN🏅
18 21 21 🇲🇾Wee Kiong TAN🏅
21 15 17 🇩🇰Jeppe BAY
🇩🇰Lasse MØLHEDE🕗 in 50 minutes
https://t.co/X9zA9QyW9m— BWFScore (@BWFScore) June 28, 2022
Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan dari Malaysia dan Denmark ini di pentas antarabangsa.
Sementara itu, Kian Meng-Wee Kiong yang berhasil mara ke Pusingan 16 akan bertemu dengan wakil China yang memenangi saingan Terbuka Indonesia baru-baru ini, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi.
Pasangan China yang menghuni ranking ke-45 dunia ini mara ke Pusingan 16 selepas menundukkan wakil muda negara, Chang Yee Jun dan Yap Roy King secara “straight set” 21-14 dan 21-18 di Pusingan 32, hari ini.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia