Artikel

Terbuka Malaysia: Beregu Muda Cipta Kejutan Singkir Pasangan Wanita No.1 Jerman

Satu kejutan dicipta oleh pasangan wanita muda negara, Low Yeen Yuan dan Valeree Siow di Pusingan 32 saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF dengan menyingkirkan beregu No.1 Jerman.

Pasangan yang menghuni ranking ke-71 dan berusia 20 tahun masing-masing ini mencipta kejutan menumpaskan Linda Efler dan Isabel Lohau yang berada di ranking lebih tinggi berbanding mereka – ranking ke-24 dunia. 

Dalam pertarungan yang berlangsung di Gelanggang 1 itu, Yeen Yuan-Valeree berhasil merekodkan kemenangan ke atas pasangan berusia 27 dan 30 tahun itu dengan skor 17-21, 21-16 dan 21-19 dalam tempoh masa 73 minit permainan.

Untuk makluman semua, kemenangan yang dicapai oleh Yeen Yuan-Valeree ini turut direkodkan dalam pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa.

Sementara itu, kemenangan ini turut menjadikan Yeen Yuan-Valeree akan turun berhadapan dengan beregu No.1 dunia, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan di Pusingan 16 yang dijadualkan berlangsung pada Khamis nanti.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen