Artikel

Selangor FC Pinjam Pemain Sayap Kanan Kelab Ghana, Kelvin Kyei

Kelab berpangkalan di Lembah Klang, Selangor FC mengumumkan mendapatkan khidmat seorang lagi pemain Accra Lions FC yang beraksi dalam kancah liga bola sepak Ghana.

Menurusi makluman daripada kedua-dua kelab ini, pemain sayap kanan yang turut mampu beraksi sebagai bek kanan, Kelvin Kyei diperolehi Selangor secara pinjaman daripada Accra Lions.

Difahamkan, pemain berusia 22 tahun berketinggian 172cm ini memainkan peranan yang cukup penting bersama Accra Lions pada musim 2021/22. Dia berhasil mencetak 26 penampilan serta menyumbang satu gol dan “assist” masing-masing buat Accra Lions pada musim lalu.

Bagaimanapun, Kelvin akan diletakkan dalam skuad simpanan iaitu Selangor 2 dan akan beraksi dalam saingan Liga Premier buat masa ini.

Dalam perkembangan yang sama, Selangor turut memaklumkan penyerang yang turut dipinjam daripada Accra Lions, George Attram dilepaskan dan dipinjamkan kepada UiTM FC sehingga ke penghujung musim ini.

Untuk makluman semua, sehingga ke hari ini, Selangor telah mendapatkan lima orang pemain daripada Accra Lions iaitu Jordan Ayimbila, Alex Agyarkwa, George Attram, Richmond Tetteh Ankrah dan Kevin Kyei.

Featured Image: Accra Lions FC

komen