Artikel

Garmin Forerunner 255 & 955 Masuki Pasaran Malaysia – Harga Bermula RM1730

Garmin Malaysia melancarkan siri jam tangan pintar untuk aktiviti larian berserta GPS yang baharu – Forerunner 255 dan Forerunner 955 – pada hari ini.

Terdapat empat versi Forerunner 255 yang dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh Garmin Malaysia iaitu Forerunner 255 Non-Music, Forerunner 255 Music, Forerunner 255S Non-Music dan Forerunner 255S Music.

Untuk makluman semua, siri baharu Forerunner 255 kali ini disertakan dengan sokongan penuh triathlon.

Selain itu, Forerunner 255 turut ditambah dengan fungsi baharu seperti Morning Report, Race Widget, HRV Status, Garmin Pay, Multi-Band GPS dan Native Running Power.

Sementara itu, bagi siri Forerunner 955 pula hadir dalam dua versi iaitu Forerunner 955 Non-Solar dan Forerunner 955 Solar Edition.

Bagi Forerunner 955, antara ciri-ciri baharu dalam siri ini adalah pengecasan solar (versi solar sahaja), Touchscreen Interface, Multi-Band GPS, Training Readiness, HRV Status, Morning Report, Race Widget, Real-time Stamina Insights dan Native Running Power.

Dalam pelancarannya pada hari ini, Garmin Malaysia turut mengumumkan harga jualan bagi kesemua siri Forerunner 255 dan 955. Harga jualannya adalah seperti berikut:

Forerunner 255 Non-Music: RM1730

Forerunner 255 Music: RM1970

Forerunner 255S Non-Music: RM1730

Forerunner 255S Music: RM1970

Forerunner 955 Non-Solar: RM2470

Forerunner 955 Solar Edition: RM2970

komen