Artikel

Terbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yi Singkir Pemenang Emas Olimpik Di Pusingan 16

Beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya menempah tiket ke peringkat suku akhir saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.

Lebih manis, penghuni di ranking kesepuluh dunia ini mengesahkan tiket kemaraan tersebut selepas menumpaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020 dari Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-lin di Pusingan 16, sebentar tadi.

Dalam pertarungan tersebut, Yew Sin-Ee Yi menumpaskan pasangan yang menduduki ranking keempat dunia tersebut secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-18 dalam 41 minit pemainan di Gelanggang 1, Axiata Arena.

Untuk makluman semua, kemenangan ini juga membolehkan Yew Sin-Ee Yi merapatkan jurang pertemuan melibatkan kedua-dua beregu ini kepada dua kemenangan daripada lima pertemuan secara keseluruhan.

Sementara itu, Yew Sin-Ee Yi yang mengesahkan kemenangan akan bertemu samada beregu Indonesia, Fajar Alfian dan Rian Ardianto (ranking ketujuh dunia) atau beregu Jerman, Mark Lamsfuss dan Marvin Seidel (ranking ke-13 dunia) di peringkat suku akhir kelak.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen