Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menepati ramalan mara ke peringkat suku akhir saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.
Pasangan yang berada di ranking keenam dunia ini mengesahkan kemaraan selepas menundukkan beregu dari negara seberang tambak yang berada di tangga ke-50 dunia, Terry Hee Yong Kai dan Loh Kean Hean di Pusingan 16, sebentar tadi.
PETRONAS Malaysia Open 2022
MD – Round of 16
🇲🇾Aaron CHIA🏅
21 21 🇲🇾Wooi Yik SOH🏅
16 13 🇸🇬Yong Kai Terry HEE
🇸🇬Kean Hean LOH🕗 in 31 minutes
https://t.co/0aXkxxgJBc— BWFScore (@BWFScore) June 30, 2022
Sambil disaksikan majoriti penyokong sendiri di Axiata Arena, Aaron-Wooi Yik berhasil menundukkan beregu terbabit secara “straight set” dengan pungutan mata 21-16 dan 21-13 dalam tempoh 31 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 1.
Sementara itu, lawannya di peringkat suku akhir sudah diketahui iaitu beregu berpengalaman dari Indonesia yang terkenal dengan julukan “The Daddies” iaitu Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.
Beregu yang menghuni ranking ketiga dunia pada ketika ini mengesahkan kemaraan ke suku akhir setelah menumpaskan beregu dari negara tembok besar iaitu He Ji Ting dan Zhou Hao Dong di Pusingan 16, petang tadi.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia