Terbuka Malaysia: Sze Fei-Nur Ke Separuh Akhir Selepas Singkir Juara Indonesia
July 1, 2022 Hafizuddin Omar

Beregu lelaki No.3 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin meneruskan persembahan cemerlang mereka dalam saingan Terbuka Malaysia 2022 dengan menempah tiket ke peringkat separuh akhir. 

Penghuni ranking ke-12 dunia ini mengesahkan kemaraan tersebut selepas menumpaskan beregu China yang menjuarai saingan Terbuka Indonesia- Jelajah Dunia Super 1000 BWF – baru-baru ini, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi.

Yu Chen dan Xuan Yi yang berada di ranking ke-45 dunia itu tumpas kepada Sze Fei-Izzuddin secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 21-11 dan 22-20 di peringkat suku akhir, sebentar tadi.

Untuk makluman semua, pertarungan sulung di peringkat antarabangsa melibatkan kedua-dua beregu ini berlangsung dalam tempoh 36 minit sahaja.

Sementara itu, Sze Fei-Izzuddin bakal berentap menentang samada beregu bebas (independent) senegara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi (ranking kesepuluh) atau beregu Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto (ranking ketujuh) di peringkat separuh akhir, esok.

Featured Image: Instagram Petronas Brands

Komen