Tiket ke peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF – menjadi milik beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Pasangan negara yang menghuni ranking keenam dunia ini meraih tiket berkenaan selepas berjaya mengalahkan beregu No.3 dunia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan di peringkat suku akhir.
Dalam pertarungan ini, Aaron-Wooi Yik mencipta kemenangan ke atas gandingan berjulukan “The Daddies” ini menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-13, 20-22 dan 21-19 dalam tempoh masa 52 minit permainan.
PETRONAS Malaysia Open 2022
MD – Quarter final
🇲🇾Aaron CHIA🏅
21 20 21 🇲🇾Wooi Yik SOH🏅
13 22 19 🇮🇩Mohammad AHSAN
🇮🇩Hendra SETIAWAN🕗 in 52 minutes
https://t.co/BZBrAXOcy8— BWFScore (@BWFScore) July 1, 2022
Untuk pengetahuan semua, keputusan yang diraih oleh Aaron-Wooi Yik pada hari ini menjadikan mereka merekodkan tiga kemenangan ke atas Ahsan-Hendra secara keseluruhan.
Bagaimanapun Ahsan-Hendra masih mendahului rekod kemenangan ke atas Aaron-Wooi dengan tujuh kemenangan daripada sepuluh pertemuan.
Sementara itu, Aaron-Wooi Yik yang meraih kemaraan akan bertemu beregu No.2 dunia dari Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi di peringkat separuh akhir, esok.
Sebagai tambahan, Hoki-Kobayashi mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan wakil Korea, Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-14, 21-23 dan 21-14 di peringkat suku akhir.
Featured Image: Badminton Association of Thailand