Jodoh penyerang Sepanyol yang memiliki pasport Filipina, Bienvenido Maranon bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) menemui titik noktah selepas lima bulan.
Ini selepas penyerang berusia 36 tahun itu mengucapkan selamat tinggal kepada skuad Harimau Selatan menerusi hantaran di pelbagai platform laman sosialnya, semalam.
“Terima kasih Johor Darul Ta’zim. Ini merupakan satu perkara yang amat menggembirakan saya menjadi sebahagian daripada kelab dan keluarga hebat ini.” tulisnya.
Thanks you @officialjohor ❤️💙
It was a big pleasure to be part of this amazing club and great family.
Thanks Boss @HRHJohorII for taking care of me and my family, to have given us the opportunity to enjoy Johor and the club where everyone want to be, pic.twitter.com/dUfpbJq0HC
— Bienve Marañon (@Bienvecadiz86) July 1, 2022
Untuk makluman semua, Maranon merangkap penjaring terbanyak saingan Piala AFF 2020 bersama Filipina diumumkan menyertai JDT pada penghujung Januari lalu.
Pada waktu itu, kedatangannya diumumkan bersama-sama seorang lagi pertahanan Sepanyol yang turut memiliki kerakyatan Filipina iaitu Carli de Murga.
Sepanjang bersama JDT, Maranon sempat membuat dua penampilan bersama skuad senior bimbingan Benjamin Mora dalam saingan Piala FA serta Liga Juara-Juara AFC (ACL).
Selebihnya, pemain kelahiran wilayah Cadiz ini banyak tampil bersama skuad simpanan, JDT II yang beraksi dalam kancah Liga Premier. Bersama JDT II, Maranon sempat mencipta tiga jaringan ketika turun menentang PDRM FC dan Terengganu II.
Featured Image: JOHOR Southern Tigers