Selangor Sedang Meneliti Beberapa Perkara Berkaitan Stadium Shah Alam – Termasuk Merobohkannya
July 2, 2022 Aman

Kerajaan Selangor kini sedang dalam peringkat peneilitian jangka masa panjang untuk salah satu stadium popular di negeri tersebut, Stadium Shah Alam.

Selangor sedang melihat dan meneliti beberapa perkara berkaitan dengan kos selenggara untuk stadium tersebut. Ia dikatakan menelan sehingga RM5 juta untuk setahun.

Kini, mereka sedang melihat kepada pelan jangka panjang untuk stadium tersebut, termasuk untuk merobohkannya.

Keputusan akhir akan dilakukan selepas mengambil kira beberapa perkara, termasuk dari segi sokongan teknologi, keselamatan dan juga penyelenggaraan.

Kerajaan Selangor dijangka berkongsi lanjut berkenaan perancangan jangka masa panjang Stadium Shah Alam pada 16 Julai 2022 kelak.

Komen