Saingan Terbuka Malaysia 2022 menyaksikan tiada sebarang wakil negara akan beraksi pada perlawanan akhir yang berlangsung pada hari esok.
Selepas tersingkirnya Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin di peringkat separuh akhir, petang tadi, sepasang lagi beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik turut mendapat nasib yang sama, sebentar tadi.
Pasangan yang menghuni ranking keenam dunia ini terpaksa akur tumpas kepada beregu No.2 dunia dari Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi secara “straight set” dengan skor 21-23 dan 9-21 dalam tempoh 41 minit permainan.
PETRONAS Malaysia Open 2022
MD – Semi final
🇯🇵Takuro HOKI🏅
23 21 🇯🇵Yugo KOBAYASHI🏅
21 9 🇲🇾Aaron CHIA
🇲🇾Wooi Yik SOH🕗 in 41 minutes
https://t.co/GXsE4YEJlp— BWFScore (@BWFScore) July 2, 2022
Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan kelima buat Aaron-Wooi Yik di tangan Hoki-Kobayashi daripada tujuh pertarungan di semua kejohanan antarabangsa dalam karier mereka.
Sementara itu, Hoki-Kobayashi yang melayakkan diri ke pentas akhir akan bertemu beregu No.7 dunia dari Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto untuk merebut gelaran juara saingan berstatus Jelajah Dunia Super 750 BWF ini.
Pasangan Indonesia ini mengesahkan kemaraan ke pentas akhir dengan menumpaskan beregu Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin di peringkat separuh akhir.
Featured Image: Badminton Asia