Artikel

Gandingan Baharu Wanita Indonesia, Apriyani-Siti Juarai Terbuka Malaysia 2022

Pasangan wanita Indonesia yang mula digandingkan sekitar bulan Mei lalu, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti muncul selaku juara bagi ketegori beregu wanita Terbuka Malaysia 2022.

Penghuni ranking ke-133 dunia yang berusia 24 dan 21 tahun masin-masing ini muncul juara dengan menewaskan beregu China di ranking ke-33 dunia, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu dalam perlawanan akhir, hari ini.

Dalam pertarungan tersebut, Apriyani-Siti menumpaskan pasangan tersebut menerusi tiga set permainan yang berakhir dengan skor 21-18, 12-21 dan 21-19 dalam tempoh masa melebihi satu jam permainan.

Sebagai rekod, perjalanan Apriyani-Siti ke peringkat akhir kejuaraan saingan berstatus Jelajah Dunia Super 750 BWF ini bermula dengan menyingkirkan Stine Kuespert-Emmas Moszczynski (ranking 77, Pusingan 32), Nami Matsuyama-Chiharu Shida (ranking ke-5, Pusingan 16), Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (ranking No.1, suku akhir) dan Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong (ranking ke-12, separuh akhir).

Untuk pengetahuan semua, gelaran yang diraih pada hari juga merupakan kejuaraan sulung buat Apriyani-Siti dalam saingan berstatus Jelajah Dunia BWF.

Selain daripada gelaran ini, mereka juga sudah meraih pingat emas dalam acara beregu wanita (individu) di temasya Sukan SEA 2021 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam.

Sebagai tambahan, Apriyani terpaksa membentuk gandingan baharu bersama Siti Fadia selepas pasangan lamanya merangkap pemain senior Indonesia, Geysia Polii mengumumkan persaraan, baru-baru ini.

Gandingan Apriyani-Greysia yang bermula pada tahun 2017 sempat menduduki ranking setinggi No.3 dunia serta beberapa kejuaraan termasuk pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Featured Image: Instagram Apriyani Rahayu

komen