Axelsen Atasi Momota Dengan Mudah Untuk Rangkul Gelaran Terbuka Malaysia 2022
July 3, 2022 Hafizuddin Omar

Pemain Denmark, Viktor Axelsen tidak berhadapan dengan masalah besar untuk menundukkan Kento Momota dalam perlawanan akhir bagi membolehkannya merangkul gelaran juara kategori perseorangan lelaki Terbuka Malaysia 2022.

Axelsen yang juga merupakan pemain No.1 dunia pada ketika ini berhasil menumpaskan Momota secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 21-4 dan 21-7 dalam tempoh 34 minit permainan.

Kemenangan ini menjadikan Viktor mengekalkan konsistensinya dengan meraih gelaran yang ketiga berturut-turut selepas memenangi saingan Indonesia Masters (Super 500) dan Terbuka Indonesia (Super 1000) pada bulan Jun lalu.

Ini juga bermakna Axelsen telah merekodkan 15 kemenangan berturut-turut sejak daripada aksi Indonesia Masters tersebut.

Secara keseluruhan Axelsen telah meraih lima gelaran utama pada tahun ini. Dua lagi gelaran yang dimenanginya ialah juara Kejohanan Eropah serta Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England.

Featured Image: Instagram Viktor Axelsen

Komen