Atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa berjaya melayakkan diri dan bakal beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia 2022 di Oregon, Amerika Syarikat.
Atlet berusia 30 tahun ini berhasil menempah tiket kelayakan itu selepas menempatkan diri dalam kelompok 32 atlet lompat tinggi terbaik dalam ranking dunia.
#ICYMI Atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa berjaya raih tiket ke Kejohanan Olahraga Dunia 2022 di Oregon, Amerika Syarikat dari 15-24 Julai ini, selepas berada dalam kelompok 32 terbaik ranking dunia – Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaanhttps://t.co/3ysesOOLeL pic.twitter.com/8h3wMeCZ3V
— BERNAMA RADIO (@Bernama_Radio) July 3, 2022
Perkara tersebut disahkan oleh ketua jurulatih olahraga, Mohd Mashahar Abdul Jalil menerusi satu laporan oleh Bernama, penghujung minggu lalu.
Kejayaan melayakkan diri ke kejohanan yang akan berlangsung 15 hingga 24 Julai itu nanti menjadikannya bakal meraih penampilan kedua di Kejohanan Olahraga Dunia.
Untuk makluman semua, Nauraj membuat penampilan sulung di pentas Kejohanan Olahraga Dunia 2017 di London, United Kingdom. Penampilan ini menjadikannya sebagai atlet negara pertama mara ke pentas ini sejak dipertandingkan buat julung kalinya pada 1938.
Featured Image: Instagram Nauraj Singh Randhawa