Kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2022, sebuah saingan berstatus Jelajah Dunia Super 750 BWF telah menutup tirainya semalam.
Bagaimanapun, para peminat badminton akan disajikan dengan satu lagi kejohanan badminton yang turut berlangsung di tanah air iaitu saingan Malaysia Masters 2022 yang akan bermula esok, 5 hingga 10 Julai.
Sepertimana saingan Terbuka Malaysia, stesen televisyen berbayar tempatan, Astro akan menayangkan saingan ini secara langsung bermula daripada Pusingan 32.
Start from Round of 32. No need X amount of retweets this time. 🫣 https://t.co/wxbJioVE8N
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) July 3, 2022
Perkembangan itu diumumkan sendiri oleh pihak Astro menerusi satu balasan ciapan kepada pertanyaan seorang pengguna laman sosial, Twitter, semalam.
Untuk makluman semua, saingan yang berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF ini akan turut disertai beberapa pemain dan beregu handalan tempatan.
Setakat senarai awal yang dikeluarkan, antara yang akan mengambil bahagian dalam saingan ini ialah Lee Zii Jia, Liew Daren, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan dan beberapa pemain lain lagi.
Sebagai tambahan, saingan yang ditaja oleh Daihatsu ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah sekitar RM1.6 juta.