AFCON 2023 Ditunda Ke Tahun 2024 Kerana Bimbang Ancaman Banjir
July 4, 2022 Hafizuddin Omar

Saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang sepatutnya berlangsung pada Jun dan Julai 2023 di Ivory Coast akan ditunda ke bulan Januari dan Februari 2024.

Perkara tersebut diumumkan oleh penganjur yang juga badan induk bola sepak bagi benua terbabit, Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) menerusi satu kenyataan rasmi, semalam.

Presiden CAF, Dr. Patrice Motsepe menjelaskan perubahan tarikh penganjuran tersebut dilakukan atas faktor tuan rumah mengalami musim hujan ketika bulan Jun dan Julai

Keadaan cuaca tersebut menyebabkan saingan bola sepak lelaki dwitahunan ini terdedah kepada ancaman banjir besar pada waktu tersebut.

Penundaan tarikh penganjuran AFCON kali ke-34 ini turut mendapat nasihat teknikal daripada pakar-pakar yang berkaitan.

Featured Image: CAF

Komen