Juara Europa 2020-21, Villarreal CF Buka Akademi Bola Sepak Di Kuala Lumpur
July 5, 2022 Hafizuddin Omar

Kelab berpangkalan di Sepanyol yang menjuarai saingan Liga Europa 2020-21, Villarreal CF memaklumkan membuka sebuah akademi bola sepak yang baharu bertempat di ibu negara kita, Kuala Lumpur.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, Akademi Villarreal Malaysia akan memulakan operasinya secara rasmi pada Ogos nanti dimana ia akan memfokuskan kepada penyertaan pemain dari umur 3 hingga 21 tahun.

Pemain yang menyertai akademi ini bukan sahaja dapat berlatih di bawah metodologi kelab yang beraksi dalam kancah La Liga ini. Bahkan, para pemain turut berpeluang terbang ke Sepanyol untuk berlatih disana dan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan Akademi Villarreal CF.

Untuk makluman semua, pembukaan Akademi Villarreal Malaysia ini sebahagian daripada projek pengembangan antarabangsa oleh Akademi Villarreal.

Setakat ini, mereka mempunyai lebih 20 akademi yang beroperasi di luar daripada Sepanyol di seluruh dunia. Antaranya di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Australia, Republik Korea, Israel, Argentina, Andorra, Bolivia dan Malaysia.

Komen