Artikel

Kejuaraan AFF Wanita: Malaysia Seri Tanpa Jaringan Dalam Perlawanan Pertama Menentang Singapura

Skuad wanita senior kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan AFF Wanita 2022 dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan dalam perlawanan sulung peringkat Kumpulan A, semalam.

Keputusan tersebut diraih ketika menentang pasukan dari negara seberang tambak, Singapura bertempat di Stadium Memorial Rizal, Manila.Β 

Dalam perlawanan tersebut, skuad berjulukan Malayan Tigress bimbingan Jacob Joseph ini menurunkan Azurin Mazlan (penjaga gol), Nur Lyana, Ji Fedallah, Jaciah Jumilis, Jessica Susanne, Steffi Kaur, Fatin Shahida, Henrietta Justine, Andrea Lee, Malini Nordin dan Nurfatin Rozani.

Keputusan yang diraih ini membolehkan Malayan Tigress memungut satu mata daripada perlawanan ini dan meletakkan mereka di tangga ketiga dalam Kumpulan A.

Untuk perlawanan berikutnya, Malayan Tigress akan bertemu Indonesia pada hari esok (6 Julai).

Featured Image: Football Association of Singapore

komen