Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin masih belum menjumpai formula untuk menumpaskan pasangan No.3 Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto.
Kekalahan Sze Fei-Izzuddin berulang sekali lagi dalam peringkat Pusingan 32 saingan Malaysia Masters 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF – yang berlangsung pada hari ini.
Dalam perlawanan terbabit, pasangan negara yang berada di ranking ke-12 dunia ini tumpas “straight set” kepada Fajar-Ardianto dengan skor 14-20 dan 20-22 dalam tempoh masa 37 minit permainan.
Kembali menang dari Goh/Izzuddin, Fajar/Rian ke 16 besar.
#BadmintonIndonesia #MalaysiaMasters2022 pic.twitter.com/nkGiRWu0Cn— BADMINTON INDONESIA (@INABadminton) July 5, 2022
Ini membuatkan Sze Fei-Izzuddin tersingkir awal daripada saingan Malaysia Masters 2022.
Untuk makluman semua, Sze Fei-Izzuddin baru sahaja mengalami kekalahan kepada pasangan yang sama di peringkat separuh akhir dalam saingan Terbuka Malaysia, minggu lalu.
Sebagai rekod, ini juga merupakan kekalahan keempat berturut-turut Sze Fei-Izzuddin di tangan Fajar-Ardianto. Mereka gagal meraih sebarang kemenangan ke atas pasangan ini sejak saingan Terbuka Swiss 2022, Terbuka Indonesia 2022, Terbuka Malaysia 2022 dan Malaysia Masters 2022.
Secara keseluruhan pula, Sze Fei-Izzuddin telah tumpas sebanyak 7 kali di tangan Fajar-Ardianto daripada 8 pertemuan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia