Malaysia Masters: Aaron-Wooi Yik Rekod Kemenangan Ke-2 Berturut-Turut Ke Atas Koga-Saito
July 5, 2022 Hafizuddin Omar

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tiada masalah untuk mengulangi kemenangan ke atas beregu Jepun, Akira Koga dan Taichi Saito pada hari ini.

Minggu lalu, Aaron-Wooi Yik berhasil merekodkan lawan yang sama di Pusingan 32, Terbuka Malaysia. Kemenangan itu sekali lagi diulangi di peringkat Pusingan 32, saingan Malaysia Masters.

Dalam perlawanan tersebut, beregu negara yang menghuni ranking keenam dunia ini menumpaskan Koga-Saito secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-19 dalam tempoh masa 43 minit permainan.

Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan ketiga melibatkan Aaron-Wooi Yik dan Koga-Saito di pentas antarabangsa. Setakat ini, Akira-Saito hanya meraih kemenangan ke atas Aaron-Wooi Yik ketika bertemu buat julung kalinya dalam saingan Terbuka Denmark 2021.

Sementar itu, kemenangan yang diraih ke atas Koga-Saito ini membolehkan Aaron-Wooi Yik menempah tiket kemaraan ke Pusingan 16 saingan berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF.

Menanti mereka di peringkat tersebut adalah beregu Korea yang menduduki tangga ke-98 dunia, Kim Gi-jung dan Kim Sa-rang. Untuk makluman, pasangan ini mara selepas menyingkirkan beregu Taiwan, Lee Jhe-Huei dan Yang Pro-hsuan, petang tadi.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen