Malaysia Masters: Pearly-Thinaah Bertemu Beregu No.2 Dunia Di Pusingan 16
July 5, 2022 Hafizuddin Omar

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan tidak berhadapan masalah besar untuk mengatasi pasangan No.2 India di peringkat Pusingan 32 saingan Malaysia Masters.

Pasangan negara yang menghuni ranking kesepuluh dunia pada ketika ini berhasil menumpaskan Treesa Jolly dan Gayatri Puella secara “straight set” dalam tempoh masa 33 minit.

Pertarungan sulung melibatkan kedua-dua pasangan ini di pentas antarabangsa berakhir dengan skor 21-14 dan 21-14. 

Ia sekaligus membolehkan Pearly-Thinaah menempah tiket kemaraan ke peringkat Pusingan 16 bagi saingan berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF ini.

Sementara itu, di Pusingan 16 kelak, Pearly-Thinaah akan berhadapan dengan lawan yang sukar iaitu pasangan Jepun yang berada di ranking kedua dunia, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota.

Pasangan dari negara matahari terbit ini mara selepas menundukkan beregu India, Ashwini Bhat dan Shikha Gautam di Pusingan 32, petang tadi.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen