Juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) akan dilatih dan dibimbing oleh jurulatih baharu dalam mengharungi saingan musim 2022/23 kelak.
Skuad berjulukan The Parisians itu mengumumkan melantik jurulatih kelahiran Perancis, Christophe Galtier sebagai jurulatihnya yang baharu menggantikan pengendali Argentina, Mauricio Pochettino.
Dimaklumkan, bekas jurulatih OGC Nice yang berusia 55 tahun ini menandatangani kontrak selama dua tahun dimana Galtier akan membimbing PSG sehingga 30 Jun 2024.
🆕✍️💼
Paris Saint-Germain is delighted to announce that Christophe Galtier has been appointed as first team head coach.
❤️💙 #ICICESTPARIS pic.twitter.com/iE0zJ1nz8c
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) July 5, 2022
Untuk makluman semua, Galtier merupakan individu yang mencipta keajaiban membawa LOSC Lille memenangi saingan Ligue 1 mengatasi PSG sendiri pada musim 2020-21. Kejuaraan liga ini hadir buat kali pertama sejak sedekad yang lalu.
Sementara itu, Pochettino pula disahkan ditamatkan tugasnya menerusi satu kenyataan rasmi oleh PSG, semalam walaupun masih berbaki kontrak selama setahun lagi.
Sepanjang membimbing PSG sekitar 18 bulan, Pochettino telah membantu The Parisians memenangi Ligue 1, Coupe de France dan Trophee des Champions.
Bagaimanapun, prestasinya dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA tidak begitu memberangsangkan dimana mereka tersingkir di Pusingan 16 setelah tumpas kepada Real Madrid.
Featured Image: Paris Saint-Germain