Pemain perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei berjaya melayakkan dirinya ke Pusingan 16 saingan Malaysia Masters 2022.
Kemaraan itu dirakamkan selepas berhasil menumpaskan pemain Amerika Syarikat yang berada di ranking ke-16 dunia, Beiwen Zhang di Pusingan 32, sebentar tadi.
Jin Wei memenangi pertarungan tersebut secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-18 dalam tempoh 35 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 1 di Axiata Arena Bukit Jalil.
#MalaysiaMasters2022 | WS
R32
Goh Jin Wei 🇲🇾
21-19, 21-18
Zhang Beiwen 🇺🇸Dalam 35 minit Jin Wei menewaskan lawannya untuk mara ke pusingan seterusnya dengan kemenangan straight sets! #BWFWorldTour #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/AJ9WnRY9rg
— Team Malaysia (@TeamMsia) July 6, 2022
Kemenangan ini juga menjadikan Jin Wei merekodkan kemenangan kedua berturut-turut ke atas Beiwen di pentas antarabangsa. Ketika bertemu buat pertama kali dalam saingan Terbuka Jerman 2019, Jin Wei mengalahkan Beiwen dengan skor 21-19, 19-21 dan 21-16.
Sementara itu, dengan kemenangan yang diraih pada hari ini, Jin Wei akan berentap menentang pemain No.2 dunia dari Taiwan, Tai Tzu Ying di Pusingan 16, esok.
Tzu Ying mara ke peringkat ini setelah menumpaskan pemain Korea, Sim Yu-jin di Pusingan 32.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia