Satu lagi keputusan seri diraih oleh skuad wanita senior kebangsaan dalam saingan peringkat Kumpulan A, Kejuaraan AFF Wanita 2022.
Skuad negara yang berjulukan Malayan Tigress ini meraih keputusan 1-1 ketika menentang Indonesia dalam perlawanan kedua yang berlangsung pada malam tadi.
Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan terlebih dahulu terikat seri tanpa jaringan selepas tamat babak pertama.
Keputusan Masa Penuh
Kejuaraan Wanita AFF 2022 | Rabu, 6 Julai 2022
INDONESIA 🇮🇩 1-1 🇲🇾 MALAYSIA
⚽ Sheva Imut Furyzcha 74'
⚽️ Steffi Sarge Kaur 90'+2'#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress #AFFWomen2022 pic.twitter.com/DmoOI68yCj— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 6, 2022
Namun begitu, kedudukan mula berubah pada babak kedua apabila Indonesia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Sheva Imut Furyzcha pada minit 74’ sekaligus mendahului 1-0.
Malayan Tigress memastikan sekurang-kurangnya satu mata dapat dipungut daripada perlawanan ini apabila Steffi Kaur berhasil menjaringkan gol penyamaan di penghujung permainan, minit 90+2’.
Untuk makluman, ini merupakan keputusan seri kedua berturut-turut direkodkan skuad kendalian Jacob Joseph selepas seri tanpa sebarang jaringan menentang Singapura, 4 Julai lalu.
Sebagai tambahan, selepas mengharungi dua perlawanan, Malayan Tigress kini menduduki tangga ketiga dalam saingan Kumpulan A di bawah Filipina dan Thailand.
Perlawanan berikutnya, skuad negara akan berhadapan Filipina pada hari esok (8 Julai).
Featured Image: Football Association of Malaysia