Penampilan perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei dalam saingan Malaysia Masters 2022 terhenti setakat peringkat Pusingan 16 sahaja.
Kemaraan pemain berusia 22 tahun tersebut dinafikan oleh perseorangan wanita No.2 dunia dari Taiwan, Tai Tzu Ying.
Dalam perlawanan tersebut, Jin Wei terlebih dahulu berjaya mencetak kemenangan ke atas Tzu Ying di set pertama dengan skor 21-16.
#MalaysiaMasters2022 | WS
R16
Goh Jin Wei 🇲🇾
21-16, 7-21, 9-21
Tai Tzu YingJin Wei menang di set pertama kemudian dia terpaksa akur tewas kepada pengalaman pemain no. 2 dunia yang bangkit menang perlawanan ini. #BWFWorldTour #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/TKZX30niOw
— Team Malaysia (@TeamMsia) July 7, 2022
Namun begitu, juara Terbuka Indonesia dan Thailand 2022 ini berhasil bangkit di set kedua dan ketiga dengan skor 21-7 dan 21-9 sekaligus memenangi perlawanan ini.
Sebagai rekod ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut dialami Jin Wei di tangan Tzu Ying di pentas antarabangsa.
Pada pertemuan sulung, Jin Wei tumpas kepada Tzu Ying secara “straight set” dengan skor 15-21 dan 15-21 dalam saingan Terbuka Malaysia 2018.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia