Malaysia Masters: Pearly-Thinaah Bikin Beregu No.2 Dunia Kandas Di Pusingan 16
July 7, 2022 Hafizuddin Omar

Beregu wanita utama negara, Pearly Thinaah dan Thinaah Muralitharan membuatkan pasangan Jepun yang menghuni ranking kedua dunia terkandas di Pusingan 16 saingan Malaysia Masters 2022.

Ini selepas Pearly-Thinaah yang berada di kedudukan kesepuluh dunia berjaya menumpaskan Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota secara “straight set” sebentar tadi.

Dalam perlawanan terbabit, Pearly-Thinaah merekodkan kemenangan dengan skor 21-14 dan 21-19 dalam tempoh masa 41 minit yang berlangsung di Gelanggang 1, Axiata Arena Bukit Jalil.

Untuk makluman semua, ini merupakan kemenangan kedua daripada empat pertemuan diraih oleh Pearly-Thinaah ketika bertemu Fukushima-Hirota di pentas antarabangsa.

Pada masa yang sama, dengan keputusan yang diraih ini, Pearly-Thinaah dapat melayakkan diri ke saingan suku akhir kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF.

Esok, pasangan wanita No.1 negara ini akan menentang beregu Indonesia merangkap juara Terbuka Malaysia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia di peringkat suku akhir.

Featured Image: Badminton Association of Thailand

Komen