Artikel

Kejuaraan B-19 AFF: Malaysia Terikat Tanpa Jaringan Menentang Singapura

Skuad bola sepak kebangsaan bawah 19 tahun (B-19) tidak dapat meneruskan rentetan kemenangan namun masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Kejuaraan B-19 AFF.

Ketika turun menentang Singapura yang melibatkan aksi kedua bagi peringkat Kumpulan A, skuad negara kendalian Hassan Sazali Waras meraih keputusan seri tanpa sebarang jaringan.

Keputusan ini menjadikan skuad negara dan Singapura berkongsi satu mata masing-masing daripada perlawanan ini. Dengan ini, Malaysia telah mengumpul empat mata daripada dua perlawanan.

Untuk perlawanan berikutnya, Malaysia akan turun menentang Timor Leste pada 9 Julai (Sabtu).

komen