Artikel

Johor Darul Ta’zim Ikat Seorang Lagi Pemain Kacukan, Junior Eldstal

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan mengikat seorang lagi pemain kacukan menyertai skuadnya.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah Junior Eldstal atau turut dikenal sebagai Putera Nadher Amarhan yang merupakan berdarah kacukan Malaysia-Sweden.

Kedatangan semula pemain berusia 30 tahun ini diumumkan menerusi satu klip video berdurasi 42 saat yang dimuat naik di pelbagai platform media sosial milik pasukan berjulukan Harimau Selatan itu, semalam.

Menerusi pendedahan di dalam video terbabit, pemain yang mampu beraksi di posisi pertahanan dan tengah bertahan ini diberikan jersi bernombor 38 untuk disarungnya bersama JDT.

Untuk makluman semua, sebelum ini, Junior pernah beraksi bersama JDT dari tahun 2015 hingga 2018. Ketika bersama JDT pada tempoh tersebut, Junior sempat membantu skuad Harimau Selatan meraih beberapa kejuaraan domestik dan antarabangsa seperti Liga Super, Piala Sumbangsih, Piala Malaysia dan Piala AFC.

Sebagai tambahan, kemasukan Junior ini menjadikan JDT mempunyai tujuh pemain berdarah kacukan atau campuran Malaysia di dalam skuadnya. Enam pemain yang lain ialah Natxo Insa, Corbin-Ong, Daniel Ting, Matthew Davies dan Nathaniel Shio Hong Wan.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

komen