Beregu wanita negara, Anna Cheong dan Teoh Mei Xing kempunan untuk melayakkan diri ke pentas separuh akhir Malaysia Masters 2022 selepas tumpas kepada pasangan No.3 Korea.
Pasangan negara yang menghuni ranking ke-37 dunia ini terpaksa akur tumpas secara “straight set” kepada Jeong Na-eun dan Kim Hye-Jeong di peringkat suku akhir, sebentar tadi.
PERODUA Malaysia Masters 2022 WD – QF
🇰🇷Na Eun JEONG🏅
21 21 🇰🇷Hye Jeong KIM🏅
14 18🇲🇾Anna Ching Yik CHEONG
🇲🇾Mei Xing TEOH🕗 in 44 minutes
— Badminton Lovers Zone (@BLZonee) July 8, 2022
Dalam pertarungan tersebut, Anna-Mei Xing dikalahkan pasangan Korea yang berada di ranking ke-11 dunia ini dengan skor 14-21 dan 18-21 dalam tempoh masa 44 minit permainan.
Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa.
Sementara itu, Na-eun dan Hye-jeong akan bertemu samada beregu Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida (ranking No.5 dunia) atau beregu Korea, Lee So-hee dan Shin Seung-chan (ranking No.3 dunia) di peringkat separuh akhir kelak.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia