Terbuka Singapura: Tze Yong Singkir Naib Juara Malaysia Masters, Ng Ka Long Angus
July 13, 2022 Hafizuddin Omar

Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berhasil melepasi halangan pertamanya di saingan Terbuka Singapura dengan menyingkirkan pemain di ranking ke-12 dunia, Ng Ka Long Angus.

Walaupun Tze Yong berada di ranking yang jauh lebih rendah iaitu tangga ke-47 dunia, itu tidak menghalangnya mencatatkan kemenangan secara “straight set” ke atas Angus yang merupakan finalis saingan Malaysia Masters, minggu lalu.

Dalam pertarungan Pusingan 32 sebentar tadi, Tze Yong berjaya menumpaskan Angus dengan skor 21-16 dan 21-17 dalam tempoh masa 44 minit permainan.

Untuk makluman, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan Tze Yong dan Angus bukan sahaja di dalam saingan Jelajah Dunia BWF malahan di sebarang kejohanan antarabangsa.

Sementara itu, kemenangan ini membolehkan Tze Yong mara ke peringkat Pusingan 16 dan menantinya di sana adalah seorang lagi pemain Hong Kong yang berada di ranking ke-15 dunia.

Featured Image: Badminton Association of Thailand

Komen