FAM & Ketua Jurulatih B-23 Negara ‘Bercerai’ Dengan Persetujuan Bersama
July 13, 2022 Hafizuddin Omar

Khidmat ketua jurulatih bawah 23 tahun (B-23) negara dari Australia, Brad Maloney tidak lagi akan digunakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini selepas badan induk negara melepaskan jurulatih berusia 50 tersebut dengan persetujuan bersama menerusi satu siaran media yang dikeluarkan pada hari ini.

Ia dicapai selepas Maloney hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi,”

“Bagi membentangkan laporan prestasi pasukan kendaliannya pada Sukan SEA 2021 di Vietnam, Mei lalu dan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan, Jun lalu.” kata Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar.

“Maloney merakamkan ucapan terima kasih kepada FAM kerana telah memberi peluang untuk beliau berkhidmat selama lapan tahun sejak 2014 yang mana ia telah banyak membantu dalam meningkatkan karier kejurulatihannya,”

“Bermula sebagai penolong jurulatih B-23 kebangsaan kepada Datuk Ong Kim Swee sehinggalah dilantik sebagai ketua jurulatih B-19 kebangsaan pada 2019 dan seterusnya ketua jurulatih B-23 kebangsaan.” tambahnya lagi.

Setakat ini, tiada sebarang makluman daripada FAM siapakah yang akan menggantikan tempat Maloney bermula saat ini. 

Featured Image: FAM

Komen