Beregu campuran, Chen Tang Jie dan Valeree Siow menjadi wakil negara yang pertama mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Terbuka Singapura.
Kemaraan tersebut disahkan selepas mereka berjaya menumpaskan pasangan Hong Kong yang menghuni ranking ke-88 dunia, Reginald Lee Chun Hei dan Ng Tsz Yau di Pusingan 16, sebentar tadi.
Singapore Open 2022
XD – Round of 16
🇲🇾Tang Jie CHEN🏅
21 21 🇲🇾Valeree SIOW🏅
13 7 🇭🇰Chun Hei Reginald LEE
🇭🇰Tsz Yau NG🕗 in 25 minutes
https://t.co/s7dVPIimZ8— BWFScore (@BWFScore) July 14, 2022
Dalam pertarungan tersebut, Tang Jie-Valeree merakamkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-7 dalam tempoh 25 minit permainan sahaja.
Sementara itu, di peringkat suku akhir nanti, Tang Jie-Valeree akan menantikan cabaran salah salah daripada beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai (ranking No.2 dunia) atau Supak Jomkoh dan Supissara Paewsampran (ranking ke-20 dunia).
Featured Image: Badminton Association of Malaysia