Satu kejutan dilakar oleh beregu campuran negara, Hoo Pan Ron dan Toh Ee Wei dengan menumpaskan pasangan No.13 dunia, Mathias Christiansen dan Alexandra Bøje di Terbuka Singapura.
Pang Ron-Ee Wei yang berada di ranking ke-125 dunia berhasil menumpaskan beregu dari Denmark itu secara “straight set” di peringkat Pusingan 16, sebentar tadi.
Dalam perlawanan tersebut, Pang Ron-Ee Wei berhasil merekodkan kemenangan dengan pungutan mata 21-11 dan 21-19 dalam tempoh masa 38 minit permainan.
Singapore Open 2022
XD – Round of 16
🇲🇾Pang Ron HOO🏅
21 21 🇲🇾Ee Wei TOH🏅
11 19 🇩🇰Mathias CHRISTIANSEN
🇩🇰Alexandra BØJE🕗 in 38 minutes
https://t.co/1QuUi0ZtZ7— BWFScore (@BWFScore) July 14, 2022
Kemenangan ini membolehkan mereka menempah tiket ke peringkat suku akhir di saingan berstatus Jelajah Dunia Super 500 ini.
Di peringkat tersebut, Pang Ron-Ee Wei akan menantikan cabaran daripada beregu China, Guo Xin Wa dan Zhang Shu Xian yang menghuni ranking ke-41 dunia.
Pasangan ini mara selepas menundukkan beregu Jepun, Yujiro Nishikawa dan Saori Ozaki ranking ke-74 dunia secara “straight set” dengan skor 22-20 dan 21-15.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia