Perseorangan badminton negara, Ng Tze Yong akan turun menentang pemain No.1 Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting di peringkat suku akhir Terbuka Singapura.
Pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menghuni ranking ke-47 dunia ini berjaya mara ke peringkat tersebut selepas membuat kejutan menyingkirkan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu di Pusingan 16, hari ini.
Dalam perlawanan tersebut, Tze Yong merakamkan kemenangan ke atas pemain No.15 dunia itu secara “straight set” dengan pungutan mata 21-15 dan 21-13 dalam tempoh masa 33 minit permainan.
Singapore Open 2022
MS – Round of 16
21 21 🇲🇾Tze Yong NG🏅
15 13 🇭🇰Cheuk Yiu LEE🕗 in 33 minutes
https://t.co/2Uggrt2I9F— BWFScore (@BWFScore) July 14, 2022
Kemenangan inilah yang membawanya ke suku akhir bertemu Ginting merangkap penghuni ranking keenam dunia di peringkat suku akhir saingan Jelajah Dunia Super 500 BWF ini.
Untuk makluman semua, Ginting melangkah ke suku akhir setelah menumpaskan pemain Taiwan, Lin Chun-Yi menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-12, 19-21 dan 21-16.
Sebagai tambahan, pertembungan antara Tze Yong dan Ginting yang akan berlangsung pada hari esok merupakan julung kali di pentas antarabangsa.
Featured Image: Badminton Association of Thailand / Instagram Anthony Sinisuka Ginting