Atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa tersingkir awal daripada saingan Kejohanan Olahraga Dunia 2022 di Oregon, Amerika Syarikat.
Ianya berikutan atlet berusia 30 tahun ini gagal melakukan lompatan yang sempurna setinggi 2.17 meter (m) dalam ketiga-tiga percubaannya.
Perkara itu membuatkannya tidak dapat menempatkan diri dalam kalangan 12 peserta terbaik.
🎽 Athletics | 2022 World Athletics Championships – Update
◾ Malaysia's 🇲🇾 Nauraj Singh Randhawa made "No Mark". He attempted thrice the 2.17m mark but failed all trials. pic.twitter.com/09fw7Uis2r
— SEA Sports News (@sea_sports_news) July 16, 2022
Untuk makluman semua, hanya 12 peserta yang merekodkan lompat tertinggi dapat beraksi untuk pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari ini.
Sebagai tambahan, kegagalan mara ke pusingan akhir ini mengulangi persembahannya ketika pertama kali beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia pada dua edisi yang terdahulu.
Bagaimanapun, edisi yang berlangsung di London, United Kingdom pada tahun 2017 yang lalu menyaksikan Nauraj berhasil menyempurnakan lompatannya. Akan tetapi, lompatannya setinggi 2.26m tetap tidak melayakkannya menyertai kelompok 12 atlet terbaik yang lain.
Featured Image: Instagram Nauraj Singh