Terbuka Taipei: Lim Chong King Kandas Di Peringkat Kelayakan
July 19, 2022 Hafizuddin Omar

Lim Chong King menjadi wakil negara yang pertama terkeluar daripada saingan Terbuka Taipei – Jelajah Dunia Super 300 BWF apabila tumpas pada perlawanan pertama peringkat kelayakan, sebentar tadi.

Pemain berusia 22 tahun yang menghuni ranking ke-155 dunia ini tumpas kepada pemain tuan rumah, Chi Yu-Jen yang menduduki tangga ke-122 dunia.

Dalam perlawanan tersebut, Chong King tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 20-22, 21-16 dan 16-21 dalam tempoh masa sekitar satu jam permainan.

Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan kedua melibatkan kedua-dua pemain ini di pentas antarabangsa. Mereka pertama kali bertemu dalam saingan Terbuka Poland pada penghujung Mac lalu.

Namun begitu, dalam pertemuan yang berlangsung di peringkat suku akhir tersebut, Chong King berhasil merekodkan kemenangan menerusi tiga set permainan dengan skor 18-21, 21-12 dan 23-21.

Sebagai tambahan, ini merupakan kejohanan yang kedua berturut Chong King kandas di peringkat kelayakan. Chong King turut mengalami nasib yang sama dalam saingan Orleans Masters yang berlangsung pada awal April lalu.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen