Liga Juara-Juara UEFA Dapat Tajaan Syarikat Peranti China, Oppo Sehingga 2024
July 19, 2022 Hafizuddin Omar

Saingan bola sepak elit eropah, Liga Juara-Juara UEFA menerima penajaan baharu daripada sebuah syarikat peranti pintar dari China iaitu Oppo sehingga tahun 2024.

Menerusi satu kenyataan rasmi, Oppo diumumkan menjadi Rakan Rasmi Global bagi Liga Juara-Juara UEFA serta saingan UEFA Super Cup, perlawanan akhir Liga Juar-Juara Futsal UEFA dan perlawanan akhir Liga Remaja UEFA selama dua musim iaitu 2022-23 dan 2023-24.

Untuk makluman semua, Oppo menjadi jenama pertama dari China menjalinkan kerjasama dengan saingan Liga Juara-Juara UEFA. Dengan kerjasama ini, Oppo akan menerima manfaat pendedahan jenama di dalam dan luar padang termasuk di laman sesawang serta akaun media sosial Liga Juara-Juara UEFA.

Sebagai tambahan, Oppo akan menawarkan satu peluang unik buat peminat bola sepak untuk berada di tepi padang semasa perlawanan Liga Juara-Juara Eropah untuk menangkap momen-momen penting menggunakan telefon pintar Oppo.

Untuk pengetahuan semua, kemasukan Oppo ini menjadikan mereka menyertai enam lagi jenama antarabangsa yang lain iaitu Heineken, PlayStation, PepsiCo, Mastercard, FedEx dan Just Eat Takeaway selaku Rakan Rasmi Global bagi saingan Liga Juara-Juara UEFA.

Featured Image: UEFA

Komen