Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Toh Ee Wei berjaya menempatkan diri ke Pusingan 16 dalam saingan Terbuka Taipei 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF.
Kejayaan tersebut hadir selepas mereka menumpaskan beregu tuan rumah, Chen Xin-Yuan dan Yang Ching-Tun di Pusingan 32, sebentar tadi.
Dalam pertarungan tersebut, Pang Ron-Ee Wei merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 27-25 dan 21-13 dalam tempoh masa 35 minit permainan di atas gelanggang.
YONEX Taipei Open 2022
XD – Round of 32
🇲🇾Pang Ron HOO🏅
27 21 🇲🇾Ee Wei TOH🏅
25 13 Xin-Yuan CHEN
Ching Tun YANG🕗 in 35 minutes
https://t.co/4b04dFClxZ— BWFScore (@BWFScore) July 19, 2022
Sementara itu, dengan kemenangan ini, Pang Ron-Ee Wei dijadualkan bertemu sepasang lagi beregu tuan rumah yang diletakkan sebagai pilihan ketiga untuk menjuarai saingan ini di Pusingan 16.
Pasangan tersebut ialah Lee Jhe-Huei dan Hsu Ya-Ching yang berada di ranking ke-26 dunia.
Jhe-Huei dan Ya-Ching memastikan kemaraan selepas menundukkan beregu campuran dari Amerika Syarikat, Trevor Tan dan Esther Shi secara “straight set” dengan skor 21-8 dan 21-12.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia