Artikel

18 Pasukan Bertanding Dalam Saingan Liga Super 2023 & Liga Simpanan Diperkenalkan

Pengelola liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan penstrukturan baharu terhadap saingan bola sepak tempatan, pada hari ini.

Penstrukturan itu menyaksikan saingan bola sepak tertinggi negara iaitu Liga Super akan ditandingi sebanyak 18 pasukan pada musim hadapan berbanding 12 pada musim ini.

Ini menjadikan setiap kelab akan mengharungi 34 perlawanan untuk semusim berbanding 22 perlawanan semusim pada ketika ini.

Penambahan pasukan itu hadir menerusi 6 pasukan yang bukan berstatus “feeder club” atau “reserved team” daripada kancah Liga Premier musim ini menyertai saingan Liga Super 2023.

Akan tetapi, bermula musim 2024, dua pasukan akan ‘ditendang’ dan hanya 16 pasukan sahaja akan beraksi dalam saingan Liga Super.

Sementara itu, saingan divisyen kedua iaitu Liga Premier pula akan digantung sementara. Dimaklumkan ianya akan kembali semula pada suatu masa kelak dengan nama baharu, Liga M2.

Sehubungan dengan penggantungan saingan Liga Premier ini, MFL mengadakan sebuah Liga Simpanan (reserved league) untuk pemain bawah 23 tahun (B-23).

Tiga buah pasukan simpanan (reserved/feeder club) seperti Johor Darul Ta’zim II, Terengganu II dan Selangor 2 akan turut beraksi dalam saingan Liga Simpanan ini dengan mengikut syarat umur & syarat pemain import yang telah ditetapkan.

Featured Image: Malaysian Football League

komen