Terbuka Taipei: Pang Ron-Ee Wei Singkir Pilihan Ketiga Untuk Ke Suku Akhir
July 21, 2022 Hafizuddin Omar

Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Toh Ee Wei menyingkirkan pasangan yang diletakkan sebagai pilihan ketiga untuk memenangi kejohanan untuk mara ke peringkat suku akhir Terbuka Taipei 2022. 

Pasangan negara yang berada di ranking ke-94 dunia ini berhasil merekodkan kemenangan ke atas pasangan tuan rumah, Lee Jhe-Huei dan Hsu Ya Ching yang berada di ranking ke-26 dunia di Pusingan 16, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Pang Ron-Ee Wei mencatatkan kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-23, 23-21 dan 21-14 dalam tempoh masa menghampiri satu jam pertarungan.

Untuk makluman, ini merupakan pentas suku akhir yang ketiga berhasil dijejak oleh Pang Ron-Ee Wei selepas Terbuka Indonesia dan Terbuka Singapura sejak digandingkan bersama bermula awal Jun lalu.  

Sementara itu, Pang Ron-Ee Wei yang mara ke suku akhir akan bertemu samada sepasang lagi beregu tuan rumah, Cheng Kai Wen dan Wang Yu Qiao atau beregu India merangkap pilihan keenam kejohanan, Ishaan Bhatnagar dan Tanisha Crasto.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen