Terbuka Taipei: Goh Jin Wei Ke Suku Akhir, Eoon Qi Xuan Kandas Di Pusingan 16
July 21, 2022 Hafizuddin Omar

Perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei berhasil melayakkan diri ke peringkat suku akhir kejohanan Terbuka Taipei 2022.

Pemain yang menghuni ranking ke-60 dunia ini mara selepas menumpaskan perseorangan negara jiran tetangga, Komang Ayu Cahya Dewi dari Indonesia di Pusingan 16, sebentar tadi.

Pertembungan sulung antara kedua-dua pemain ini menyaksikan Komang yang berada di tangga ke-152 dunia tumpas secara “straight set” dengan skor 11-21 dan 17-21 dalam tempoh masa 29 minit permainan.

Untuk makluman, di peringkat suku akhir nanti, Jin Wei akan bertemu samada pemain Jepun, Saena Kawakami merangkap pilihan ketujuh kejohanan atau pemain tuan rumah, Chiang Ying Li.

Pada masa yang sama, Jin Wei menjadi wakil tunggal perseorangan negara yang mara ke peringkat suku akhir. Ini selepas seorang lagi wakil negara, Eoon Qi Xuan terkandas di Pusingan 16. 

Qi Xuan yang berada di ranking ke-129 dunia terkandas selepas terpaksa akur tumpas kepada pemain Amerika Syarikat, Lauren Lam.

Pemain yang menduduki ranking ke-65 dunia itu menyingkirkan Qi Xuan dengan keputusan 21-18, 15-21 dan 15-21 dalam tempoh masa 50 minit permainan.

Komen