Skrip pada tahun 2021 nampaknya diulangi sekali lagi oleh pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung, Sri Pahang FC.
Skuad berjulukan Tok Gajah ini mengumumkan melantik pengurusnya, Dollah Salleh kembali mengemudi pasukan selaku ketua jurulatih interim sehingga ke akhir musim menerusi satu kenyataan rasmi, pada hari ini.
Pengendali berusia 58 tahun ini dilantik bagi menggantikan ketua jurulatih sebelum ini, Christophe Gamel yang tidak diteruskan khidmatnya oleh Sri Pahang.
— SRI PAHANG FC (@OfficialPahang) July 21, 2022
Untuk makluman semua, ini merupakan ulangan skrip yang sama seperti pada tahun lalu.
Apabila khidmat Thomas Dooley selaku ketua jurulatih tidak lagi diperlukan, Sri Pahang kembali melantik Dollah yang ketika itu berperanan sebagai pengurus pasukan menjadi ketua jurulatih sehingga ke penghujung musim.
Dalam kenyataan yang sama pada hari ini, Sri Pahang dengan berbesar hatinya turut mengumumkan perlantikan bekas pemain importnya suatu masa dahulu iaitu Fandi Ahmad selaku Penasihat Teknikal Kelab.
Featured Image: Malaysian Football League
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!