Perseorangan bebas (independent) negara, Soong Joo Ven menjadi wakil tunggal yang beraksi dalam peringkat suku akhir Terbuka Taipei 2022.
Pemain yang menghuni ranking ke-59 dunia ini mengesahkan kemaraan ke peringkat tersebut selepas menundukkan wakil Jepun, Koki Watanabe di Pusingan 16, sebentar tadi.
Dalam pertarungan tersebut, lawannya yang berada di ranking ke-47 dunia tumpas secara “straight set” di tangan Joo Ven dengan skor 6-21 dan 23-25 dalam tempoh masa 42 minit permainan.
YONEX Taipei Open 2022
MS – Round of 16
21 25 🇲🇾Joo Ven SOONG🏅
6 23 🇯🇵Koki WATANABE🕗 in 42 minutes
https://t.co/alcB7UZYuV— BWFScore (@BWFScore) July 21, 2022
Dengan kemenangan ini, Joo Ven akan bertemu pemain India, Parupalli Kashyap merangkap pilihan ketiga kejohanan yang menghuni ranking ke-40 dunia di peringkat suku akhir Jelajah Dunia Super 300 BWF ini, pada hari esok.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara dalam katagori ini, Leong Jun Hao terpaksa akur kandas di Pusingan 16 setelah tumpas kepada pilihan kedua kejohanan, Wang Tzu Wei.
Jun Hao tumpas kepada pemain yang berada di ranking ke-16 dunia ini secara “straight set” dengan pungutan mata 10-21 dan 15-21 dalam tempoh masa 35 minit.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia