Artikel

Ranking FIH: Pasukan Hoki Wanita Malaysia Duduki Tangga Ke-19 Buat Pertama Kali

Pasukan hoki wanita negara menempatkan diri mereka di kedudukan tertinggi dalam sejarah apabila menghuni ranking ke-19 dunia buat pertama kali.

Kedudukan itu dicapai oleh pasukan wanita negara setelah laman sesawang Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) melakukan kemaskini terbarunya.

Kemaskini itu memaparkan Malaysia memiliki 1164.734 mata sekaligus membolehkan mereka menghuni tangga ke-19 dunia mengatasi Afrika Selatan di tangga ke-20 yang mempunyai 1136.073 mata.

Perkembangan ini turut mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Dr. Shamala Subramaniam.

“Tahniah kepada pasukan hoki wanita kita. Ini merupakan pertama kali skuad wanita berada di ranking ke-19.” kongsinya semalam.  

Sementara itu, di peringkat benua asia, skuad wanita negara muncul sebagai pasukan kelima terbaik di belakang India (ranking ke-9), China (ranking ke-10), Jepun (ranking ke-11) dan Korea (ranking ke-12).

Featured Image: MHC

komen