Perjalanan perseorangan wanita bebas (independent), Goh Jin Wei dalam kancah Terbuka Taipei 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF nampaknya menemui titik noktah, hari ini.
Ini selepas pemain yang menghuni ranking ke-60 dunia tumpas kepada pemain Jepun yang berada di tangga ke-35 dunia, Saena Kawakami di peringkat suku akhir, sebentar tadi.
Dalam perlawanan tersebut, Jin Wei tumpas dengan keputusan 9-21, 21-11 dan 16-21 dalam tempoh masa 44 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 1.
YONEX Taipei Open 2022
WS – Quarter final
21 12 21 🇯🇵Saena KAWAKAMI🏅
9 21 16 🇲🇾Jin Wei GOH🕗 in 44 minutes
https://t.co/PV1axlWd4A— BWFScore (@BWFScore) July 22, 2022
Sebagai rekod, ini merupakan kali keempat daripada empat pertemuan berturut-turut Jin Wei tumpas kepada pemain berusia 24 tahun ini di pentas antarabangsa.
Tiga kekalahan sebelum ini terhasil dalam saingan Terbuka Taipei 2017, Taipei Masters 2016 dan saingan Remaja Dutch 2015.
Sementara itu, Saena yang meraih tiket kemaraan akan bertemu samada pemain senegaranya, Natsuki Nidaira (ranking ke-59) atau pemain tuan rumah, Lian Ting-Yu (ranking ke-171) di peringkat separuh akhir kelak.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia