Artikel

Terbuka Taipei: Pang Ron-Ee Wei Mara Ke Separuh Akhir Buat Pertama Kali

Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Toh Ee Wei berhasil melangkah ke peringkat separuh akhir buat pertama kali sejak bergandingan bersama bermula Jun lalu.

Langkah kemaraan ke peringkat tersebut direalisasikan dalam saingan Terbuka Taipei 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF yang sedang disertai mereka pada ketika ini.

Ianya selepas pasangan negara yang menghuni ranking ke-94 dunia ini berjaya menumpaskan pasangan campuran India, Ishaan Bhatnagar dan Tanisha Crasto di Pusingan 16, sebentar tadi.

Dalam pertarungan tersebut, Pang Ron-Ee Wei meraih kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-12 dalam tempoh masa 33 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 2.

Dengan kemenangan ini, Pan Ron-Ee Wei akan berhadapan beregu Hong Kong, Reginald Lee Chun Hei dan Ng Tsz Yau yang berada di ranking ke-71 dunia di peringkat separuh akhir, esok.

Pasangan ini mengesahkan kemaraan selepas berjaya menyingkirkan beregu tuan rumah, Ye Hong-Wei dan Sung Shuo-Yun dengan skor 12-21, 21-13 dan 21-18 di peringkat suku akhir.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen