Artikel

Terbuka Taipei: Wei Chong-Kai Wun Bertemu Pemenang Emas Olimpik Di Final

Beregu lelaki muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir Terbuka Taipei 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF.

Kejayaan itu terhasil selepas pasangan yang menghuni ranking ke-36 dunia ini menumpaskan wakil tuan rumah, Su Ching-Heng dan Ye Hong-Wei di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.

Wei Chong-Kai Wun memastikan kemenangan tersebut dengan merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-13 dab 22-20 dalam tempoh 36 minit permainan.

 

Menanti mereka di perlawanan akhir yang berlangsung esok adalah pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020 yang juga dari Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-Lin.

Pasangan yang menduduki ranking keempat dunia ini mara dengan menyingkirkan pasangan bebas (independent) negara, Boon Xin Yuan dan Wong Tien Ci dengan pungutan mata 21-10 dan 21-14.

 

Bercakap mengenai pertemuan antara Wei Chong-Kai Wun dan Lee Yang-Chi Lin, ianya bakal menjadi pertembungan sulung antara kedua-dua beregu ini.

Untuk makluman semua, kemaraa yang dicipta pada hari ini merupakan pentas final yang kedua dijejaki oleh Wei Chong-Kai Wun pada tahun ini.

Pentas final yang pertama dijejaki mereka adalah dalam saingan Antarabangsa Syed Modi yang berlangsung pada penghujung Januari lalu.

Pentas tersebut menjadi saksi kepada satu-satunya kejuaraan yang diraih oleh Wei Chong-Kai Wun untuk tahun 2022 setakat ini.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen