Beregu lelaki muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun kini memiliki dua gelaran juara dalam saingan Jelajah Dunia Super 300 BWF.
Pasangan yang berada di ranking ke-36 dunia ini menambah koleksi kejuaraan tersebut dengan memenangi saingan Terbuka Taipei 2022, sebentar tadi.
Lebih manis, kemenangan tersebut diraih dengan menumpaskan beregu tuan rumah merangkap pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020, Lee Yang dan Wang Chi-Lin.
YONEX Taipei Open 2022
MD – Final
🇲🇾Wei Chong MAN🏅
21 11 21 🇲🇾Kai Wun TEE🏅
18 21 18 Yang LEE
Chi-Lin WANG🕗 in 54 minutes
https://t.co/jV92219OOB— BWFScore (@BWFScore) July 24, 2022
Pasangan itu juga berada di ranking jauh lebih tinggi daripada Wei Chong-Kai Wun iaitu ranking keempat dunia. Malahan mereka turut diletakkan sebagai pilihan pertama untuk menjuarai kejohanan ini.
Namun begitu, Wei Chong-Kai Wun yang berusia 22 tahun masing-masing ini berhasil mengatasi mereka dalam perlawanan akhir dengan skor yang berkesudahan dengan 21-18, 11-21 dan 21-18 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan.
Antara perkara lain yang menarik tentang kejuaraan dirangkul oleh Wei Chong-Kai Wun dalam saingan yang berlangsung di Taiwan ini adalah kesemua lawannya bermula daripada Pusingan 32, Pusingan 16, suku akhir, separuh akhir serta perlawanan akhir adalah pemain tuan rumah.
Sebagai tambahan, gelaran pertama dirangkul Wei Chong-Kai Wun di pentas bertaraf Jelajah Dunia Super 300 BWF adalah dalam saingan Antarabangsa Syed Modi yang berlangsung penghujung Januari lalu di India.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia