Selangor MAC mengharungi saingan domestik pada tahun ini dengan penuh cemerlang apabila merangkul kejuaraan berganda. Bulan Mac lalu, skuad futsal ini berjaya menjuarai saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL).
Bagaimanapun, satu lagi trofi kejuaraan menjadi milik Selangor MAC pada tahun ini apabila mereka berhasil mengatasi Pahang Rangers 4-3 dalam perlawanan akhir edisi sulung Piala Futsal Malaysia.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam itu Selangor MAC memperoleh jaringan menerusi Khairul Effendy Bahrin (21’) dan (30’) serta melalui Firdaus Ambiah (30’) dan (37’).
Senarai Pemenang CUCKOO Malaysia Futsal Cup (MFC) 2022
🥇 Juara : Selangor MAC 🏆
🥈 Naib Juara : Pahang Rangers FC
🥉 Tempat Ketiga : Selangor TOT United#FAM #HarimauMalaya #Futsal #CUCKOOMFC2022 pic.twitter.com/bpRKc3TRsu— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 23, 2022
Manakala jaringan oleh Pahang Rangers pula hadir menerusi Ridzwan Bakri (20’), Farhan Khairul Anuar (37’) dan Akmarulnizam Idris (40’).
Selain daripada membawa pulang trofi kejuaraan, penjaring Selangor MAC, Khairul Effendy Bahrin turut membawa pulang Anugerah Pemain Terbaik.
Untuk makluman semua, saingan Piala Futsal Malaysia ini adalah edisi sulung yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula tahun ini. Ia merupakan sebuah saingan yang membabitkan 8 buah pasukan terbaik daripada kejohanan MPFL 2022.
Featured Image: Selangor MAC