Artikel

“Game Wide Open” Diperkenalkan Sebagai Slogan Rasmi Sukan Olimpik Paris 2024

Slogan rasmi bagi temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan Paralimpik 2024 diperkenalkan secara rasmi pada awal pagi tadi – dua tahun sebelum bermulanya temasya ini.

“Ovrons Grand Les Jeux” atau di dalam bahasa inggerinya, “Game Wide Open” dipilih sebagai sebagai slogan bersama bagi kedua-dua temasya oleh penganjur. 

Difahamkan slogan tersebut merupakan satu jemputan kepada dunia untuk berkongsi emosi baharu bersama-sama. Kejohanan ini menjadi komitmen mereka untuk  memberikan keseronokan dan pengalaman baharu.

Sukan Olimpik Paris ini dijadualkan berlangsung bermula 27 Julai hingga 11 Ogos 2024. Ianya mempertandingkan sebanyak 32 jenis sukan termasuk 4 sukan tambahan iaitu “break dance”, sukan memanjat (sport climbing), papan luncur (skateboarding) dan sukan luncur air (surfing).

Selain daripada pengenalan slogan rasmi, jawatankuasa penganjur turut mengeluarkan jadual lengkap bagi keseluruhan acara yang berlangsung di temasya ini.

Untuk makluman, ini merupakan kali ketiga selepas tahun 1900 dan 1924 ibu kota bagi negara Perancis dipilih sebagai penganjur temasya bagi setiap empat tahun sekali ini.

komen